Pages

Pengenalan Tentang Plan Takaful/Insuran dan Apa Yang Kita Perlu Tahu

Assalamualaikum wbt.

Istilah "Takaful" dalam bahasa yang mudah adalah Jaminan Bertulis yang menanggung kerugian kewangan yang berlaku dalam kehidupan manusia sama ada sesebuah keluarga atau individu. Ada jaminan takaful itu bermakna ada pihak yang akan ganti semula kerugian tersebut.

Berikut Adalah 6 Plan Asas dan tujuan/penerangan bagi setiap plan tersebut.

Takaful Hayat
Plan ini hanya cover pendapatan famili peserta yang bakal hilang sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.
Kos untuk plan ini adalah paling murah tetapi masih ramai orang mengabaikannya atau tidak ambil kisah langsung. Maksudnya, coverage hayat di sini mestilah tinggi dan mestilah sekurang-kurangnya RM200 ribu. Perumpamaan plan ini adalah seperti nasi putih. Tak sedap, tetapi murah dan mengenyangkan. 

Medical Card
Plan ini cover peserta daripada membayar bil-bil hospital. Ada 2 perkara yang paling penting yang kita mesti tahu tentang bil hospital.

1)Bil apabila kita diwadkan di hospital. Selalunya situasi ini berlaku apabila peserta itu dibedah atau di rawat di ICU dan sebagainya
2) Rawatan dialisis/kimo untuk pesakit buah pinggang/kanser (tak perlu admit di hospital).

Plan ini adalah plan yang paling popular di kalangan masyarakat. Umpama "sotong dan udang", sedap dan paling mahal. Jika bajet kita adalah Rm150 dan hari-hari kita makan sotong dan udang, agak-agak berapa yang kita boleh bertahan? Untuk makluman semua kos untuk medikal kad akan meningkat mengikut umur. Jika anda bayar premium RM150 sebulan, tiba-tiba ejen call suruh topup. Maknanya kos medikal kad anda pada waktu itu sudah melebihi RM150. So jika ini berlaku, sudah tiba masanya anda cari quotation baru dan bandingkan harga dan coverage dengan syarikat lain.

PA @  Kemalangan
Plan ini adalah plan tambahan. Contoh coverage untuk plan ini adalah RM100 ribu. Jika sekiranya peserta meninggal dunia akibat kemalangan, jumlah pampasan yang dibayar adalah pampasan hayat + pampasan kemalangan RM100 ribu.


36 Sakit Kritikal
Sekiranya peserta mengalami salah satu daripada 36 penyakit kritikal, peserta akan dibayar pampasan sekaligus mengikut jumlah coverage yang diambil. Nampak simple, tapi ada satu tricky part kat sini yang ramai ejen tak bagitau. Untuk makluman semua, pampasan hanya dibayar  apabila kes benar2 kritikal. Contoh kes kanser. Pihak takaful hanya bayar pampasan apabila kanser itu berada pada tahap 3 dan ke atas. Kanser tahap 1 dan 2 biasanya belum boleh claim lagi.


Waiver/ Waive of Premium
Kelebihan plan ini adalah peserta dikecualikan daripada membayar premium takaful bulanan.
Tak perlu bayar satu sen pon dalam masa yang sama masih lagi menikmati faedah medikal kad dan sebagainya. Nampak menarik bukan ?tapi plan ini juga ada udang di sebalik batu. Apa maksudnya? Contohnya begini, jika premium bulanan anda adalah RM150. Berdasarkan projection, plan ini hanya mampu bertahan selama 10 tahun. Dan selepas 10 tahun peserta takaful perlu topup untuk maintain coverage yang sama. Jadi, jika peserta mengalami 1 daripada 36 sakit kritikal, peserta tak perlu bayar premium selama 10 tahun. Selepas itu peserta still kena topup. Ramai ejen di luar sana tak explain benda ni kat customer.


Hospital Income
Plan ini adalah elaun hospital. Jika elaun hospital RM200 sehari, maka jika peserta diwadkan di hospital selama seminggu jumlah pampasan adalah RM1400.


Kesimpulan

1)Bagi sesebuah famili, breadwinner kena ambil life tinggi, iaitu sekurang-kurangnya RM200 ribu. 2)Medikal kad pula adalah keutamaan no 2 dan had tahunan mestilah sekurang-kurangnya RM100 ribu. 

0 comments:

Post a Comment