Assalamualaikum wbt..
Sudahkan anda menyediakan dana HIBAH untuk keluarga anda?
HIBAH berbeza dengan Wasiat. Kerana wasiat boleh dipertikaikan sekiranya salah seorang penama tidak berpuas hati dengan pengagihan, manakala HIBAH tidak boleh dipertikaikan jumlah atau peratusan pembahagiannya.
Apa tujuan penyedian dana HIBAH? Ada 2, iaitu;
1) Peruntukan dana untuk "backup" bebanan hutang atau komitmen seperti kereta, loan, credit dan sebagainya. Bebanan lialibiliti ini adalah pilihan kita dalam menikmati gaya hidup yang dingini. Tapi apa akan berlaku sekiranya kita mati atau tidak lagi mampu menjana pendapatan akibat hilang upaya kekal? Semestinya bebanan komitmen ini ditanggung oleh ahli keluarga terdekat atau waris. Jadi, dengan penyedian dana HIBAH yang mencukupi, keluarga atau waris tidak perlu mewarisi atau menanggung bebanan hutang yang kita tinggalkan
2) Penyediaan keperluan adalah tanggungjawab suami terhadap isteri. Hampir semua ketua keluarga berjaya menyempurnakan tanggungjawab ini sebaiknya sepanjang hayat beliau. Tetapi, apakah akan terjadi sekiranya berlaku kematian? Ramai yang kehilangan ketua keluarga merasakan kehilangan segala-galanya. Tambahan pula jika isteri merupakan surirumah sepenuh masa. Sudahla kehilangan suami, terpaksa pula mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga dan meneruskan gaya hidup semasa. Jadi, sediakanlah dana HIBAH yang mencukupi supaya apabila ditinggalkan, isteri dan anak2 mampu meneruskan gaya hidup semasa mereka paling tidak pon untuk suatu jangka masa tertentu hingga mereka boleh membiasakan diri tanpa ketua keluarga.
0 comments:
Post a Comment