Pages

Kempen Kesedaran Takaful Gaji

Assalamualaikum wbt..

Saya cukup suka berbicara tentang takaful hayat @ takaful gaji. Walaupon sekarang, AIA Public Takaful memberikan the best coverage Medikal Kad di Malaysia ni. Cakap saya bukan cakap kosong. Tuan2/Puan2 boleh pergi sendiri ke setiap hospital swasta dan bertanya berapa ramai pesakit dengan Medikal Kad AIA? Pihak hospital sendiri juga ada menyediakan "Kaunter Express AIA" semata-mata utk memudah pelanggan AIA. Tetapi, saya sebagai seorang ejen masih mengatakan yang takaful hayat yang tinggi adalah keutamaan No 1. Selepas itu barulah Medikal Kad. 

Pengalaman saya..

Saya anak sulong 4 orang adik-beradik. Arwah ayah saya meninggal dunia tahun 1994 sewaktu saya berumur 12 tahun iaitu 3 minggu sebelum keputusan UPSR keluar. Blom pon sempat saya nak bagitau dia yang saya memperoleh result straight 4A. Sedih..Kalaulah dulu arwah ayah saya menyertai takaful, RM300 ribu itu telah menjadi milik kami. Takkan ibu saya susah payah struggle membesarkan kami 4 orang adik beradik sehingga terpaksa buat 3 pekerjaan dalam 1 hari. Seawal jam 4.00 pagi sudah bangun untuk menggoreng karipap. Kol 6.30 dah start kayuh basikal ke kantin sekolah. Balik dari kantin kol 1.00, rehat sekejap kemudian p pulak kerja kilang keropok di belakang pekan Lubok Buntar. Cuti sekolah, kantin tutup, tiada gaji, kewangan kami lagi teruk. Ibu ambil upah motong getah. Saya dan adik akan ikut dia tolong kutip sekerap. Saya masih ingat lagi time tu harga getah cuma sekitar RM0.80 sekilo. Selepas 5 hari motong dapatla 25kg tu pon kalau tiada hari hujan. Hasil tu pulak kena bahagi 2 sebab kebun getah tu bukan kami yang punya. Selepas tolong jual getah tu, saya pon dapatla duit poket RM1.00. Cuba anda bayangkan rutin harian ibu saya macam tu selama 12 tahun. Dia hanya berhenti herja selepas anak sulongnya habis universiti dan mendapat pekerjaan di Pulau Pinang. 

1) Saya selalu bertanya para isteri, jika gaji suami stop, adakah isteri akan menghadapi masalah kewangan atau tidak?
Jika tidak adalah jawapan anda, anda tidak perlu takaful gaji suami anda.

2) Saya selalu bertanya para ayah, jika gaji seorang ayah stop, adakah anak-anak kecilnya akan mengalami masalah kewangan atau tidak?
Jika tidak adalah jawapan anda, anak anda tidak perlu takaful gaji ayahnya

Tetapi....

Jika jawapan anda ya!!!

Kenapa anda tidak mahu pihak Takaful mengganti balik pendapatan yang hilang itu?


Just bgtau sahaja berapa jumlah yang anda mahu kami, pihak takaful ganti. Minimum yang saya syorkan adalah RM300 ribu. Tetapi pilihan mutlak adalah di tangan anda. Selagi saya melakukan perkara yang betul, saya happy untuk share. 



Contoh plan "Takaful Gaji" dari AIA Public Takaful
















Kelebihan membuka plan Takaful Gaji di AIA Public Takaful.
  • Protection meningkat 1% percuma setiap tahun. Contoh: Pampasan takaful hayat permulaan anda adalah RM300,000. Pada tahun2 berikutnya pampasan akan automatik meningkat 1% menjadi RM303,000 dan seterusnya.......hinggalah tahun ke 20.
  • Prestasi dana AIA Public Takaful yg diberikan kepada ahli adalah sentiasa melebihi paras indek purata.
  • Prestasi dana adalah setanding dengan ASB. (tidak terjamin tapi above average)
  • Peserta ada 3 pilihan dana Islamik untuk dipilih.







      Jadi, plan Takaful Gaji dengan pampasan yang tinggi adalah:
      • Bukan untuk anda tetapi lebih tepat untuk famili anda.
      • Satu instrumen penting bagi membolehkan generasi anak2 memiliki aset seperti rumah dan sebagainya.
      • Satu kaedah untuk membayar hutang.
      • Satu bentuk plan simpanan pendidikan utk anak2 ke universiti.
      • Satu alternatif untuk plan simpanan persaraan (2nd EPF).
      • Boleh withdraw/keluar duit anytime bila perlu.
      • Berbeza dengan medikal kad yang sentiasa sedut duit saving anda jika tak claim.
      • Medikal kad adalah 2nd priority ( keutamaan no 2).
      • Pastikan coverage "sayang isteri" minima anda adalah sekurangnya2 RM200,000.


      From: AIA Public Takaful
      Perunding Takaful: Amirul Naim Ramli
      HP: 019-481 6424
      Emel: amirulnaim.ramli@aia-premier.com.my
      Blog: aia-premier.blogspot.my

      Saving/Simpanan Luar Biasa

      Contoh pengiraan untuk plan simpanan RM200 sebulan bagi individu yang berumur 30 tahun:


      SIMPANAN BIASA di Bank:

      RM200 x 12 bulan x 15 tahun = RM36, 000



      SIMPANAN LUAR BIASA:

      RM200 x 12 bulan x 15 tahun = RM36, 000 + Untung RM300, 000

      UNTUNG  RM 300,000 jika

      1) Jika peserta mengalami hilang upaya kekal seperti cacat dan sebagainya.
      2) Jika peserta meninggal dunia (sebarang sebab walaupon bunuh diri tapi hanya selepas 1 tahun). Tetapi untuk peringatan kita sebagai umat Islam membunuh diri itu tidak akan masuk syurga.

      Antara Wasiat Dan Hibah

      Assalamualaikum wbt..

      Sudahkan anda menyediakan dana HIBAH untuk keluarga anda?


      HIBAH berbeza dengan Wasiat. Kerana wasiat boleh dipertikaikan sekiranya salah seorang penama tidak berpuas hati dengan pengagihan, manakala HIBAH tidak boleh dipertikaikan jumlah atau peratusan pembahagiannya.


      Apa tujuan penyedian dana HIBAH? Ada 2, iaitu;


      1) Peruntukan dana untuk "backup" bebanan hutang atau komitmen seperti kereta, loan, credit dan sebagainya. Bebanan lialibiliti ini adalah pilihan kita dalam menikmati gaya hidup yang dingini. Tapi apa akan berlaku sekiranya kita mati atau tidak lagi mampu menjana pendapatan akibat hilang upaya kekal? Semestinya bebanan komitmen ini ditanggung oleh ahli keluarga terdekat atau waris. Jadi, dengan penyedian dana HIBAH yang mencukupi, keluarga atau waris tidak perlu mewarisi atau menanggung bebanan hutang yang kita tinggalkan


      2) Penyediaan keperluan adalah tanggungjawab suami terhadap isteri. Hampir semua ketua keluarga berjaya menyempurnakan tanggungjawab ini sebaiknya sepanjang hayat beliau. Tetapi, apakah akan terjadi sekiranya berlaku kematian? Ramai yang kehilangan ketua keluarga merasakan kehilangan segala-galanya. Tambahan pula jika isteri merupakan surirumah sepenuh masa. Sudahla kehilangan suami, terpaksa pula mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga dan meneruskan gaya hidup semasa. Jadi, sediakanlah dana HIBAH yang mencukupi supaya apabila ditinggalkan, isteri dan anak2 mampu meneruskan gaya hidup semasa mereka paling tidak pon untuk suatu jangka masa tertentu hingga mereka boleh membiasakan diri tanpa ketua keluarga.

      Sedikit Masalah Dengan Hospital Kerajaan


      Sebenarnya, kalau tak ada medical card, kita masih ada hospital kerajaan. Cuma:

      1. Bila melibatkan kos rawatan yang besar, kita tetap kena bayar jumlah yang besar kepada hospital kerajaan. Sebab tu walaupun masih ada hopital kerajaan, ramai rakyat Malaysia yang terkena penyakit kronik terpaksa minta sumbangan untuk rawatan.

      2. Untuk dapat rawatan hospital kerajaan, kita kena ikut giliran. Terpaksa ikut giliran sebab pesakit yang menunggu ramai. Tempoh menunggu tu berisiko samada penyakit kita semakin teruk atau silap haribulan kita mati dulu baru sampai giliran kita. Kes begini memang berlaku. Kalau hospital swasta, kita dapat akses kepada doktor pakar lebih cepat.

      3. Dari sudut keselesaan, banyak hospital kerajaan dah terlalu crowded. Arwah mentua saya meninggal Ramadhan tahun lepas (2013) di hospital kemaman. Apa yang mendukacikakan saya ialah, wad yang sepatutnya hanya untuk 6 katil, tapi terpaksa sumbat 11 katil! Para pesakit tak ada privasi langsung. Katil rapat2. Pendek kata, jarak antara katil hanya muat seorang sahaja berdiri, tak muat untuk letak kerusi. Hinggakan disaat mentua saya nazak, saya terpaksa baca yasin disebelah beliau sambil berdiri! Bila beliau menghembuskan nafas terakhir, semua lagi 10 katil boleh nampak arwah tu sedang nazak dah hembuskan nafas terakhir. Bila dah meninggal, biras saya terus panggil doktor. Doktor terlalu sibuk melayan ramai pesakit. Lepas 5 minit meninggal baru doktor sampai!

      Dalam kes tu, saya tak salahkan doktor dan hospital kerajaan. Tapi saya rasa, alangkah baiknya kalau kami adik-beradik ipar duai dapat hantar arwah mentua tu dapat rawatan di hopital lebih baik? . At least, suasana hospital swasta yang lebih kondusif dapat beri motivasi untuk pesakit tu cepat sembuh.

      Copy n Paste from:
      Penulis Asal: Mohd Zulkifli
      Motivator Kewangan & Pelaburan Emas
      Web: http://www.mohdzulkifli.com

      Saya Sayang Isteri Saya

      Assalamualaikum wbt.

      "Saya sayang isteri saya.
      Saya sayang anak-anak saya.
      Saya sayang famili saya.
      tetapi sayang saja tanpa komitmen adalah janji kosong."



      Adakah tuan-tuan dan puan-puan besa dengar plan istimewa "sayang isteri"?

      Misi saya di sini adalah untuk explain bagaimana cara suami nak sayang isteri melalui plan "sayang isteri" takaful hayat. Dan apakah pula beza antara "sayang isteri" dan Medikal kad.

      " Seorang isteri dan anak barangkali tidak perlu ambil kisah akan apa itu takaful hayat......

      tetapi bagi seorang balu dan anak yatim, takaful hayat pastinya tersangat bermakna buat mereka.

      Sedangkan hari ini nak mencari wang RM50 pon punya la payah. So, kenapa kita  masih memilih untuk tak mau protect our hard earn income?

      Saya memang sangat bersemangat dalam memastikan bahawa setiap keluarga mempunyai jumlah yang betul coverage "sayang isteri" takaful hayat. Antara menghantar anak pergi ke sekolah, makan di McDonald atau hingga sekecil perkara yang dipanggil "takaful hayat", banyak keluarga mengabaikannya especially dalam mendapatkan jumlah coverage yang betul. Atau lebih teruk lagi - tidak mempunyai coverage langsung!!!!!

      Saya juga nak kongsi kisah 2 orang wanita/isteri (berdasarkan apa yang saya lihat di kaca TV or surat khabar). Kedua-duanya masih bersedih akibat terlalu awal kehilangan pasangan hidup. Bagi salah seorang wanita itu, dia tidak perlu risau tentang wang lagi. Kewangannya adalah stabil. Malangnya, wanita yang lagi satu, dia terpaksa stress mencari jalan keluar bagaimana untuk dia bayar segala bil-bil, hutang-hutang, makan minum dan sebagainya. Mengapa begitu berbeza sekali antara mereka?

      Dalam insuran/takaful, tak semestinya seseorang itu harus meninggal dunia. Tetapi jika itu adalah takdir-Nya, takaful hayat "of course" tak mungkin mampu untuk hidupkan mereka kembali!!!. Masalahnya, mereka yang masih hidup perlu untuk teruskan kehidupan. Apa yang plan "sayang isteri" takaful hayat lakukan adalah membantu menjadikan kehidupan lebih terkawal apabila seseorang itu pergi kerja dan tak pulang-pulang selepas itu.

      Ini adalah Encik Ahmad, iaitu watak boring dalam cerita di bawah. 

      Watak utama = Encik Ahmad.
      Isteri = Suri rumah yg sgt penyabar dgn kerenah Encik Ahmad.

      Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata yang cute berumur 3 tahun dan 6 bulan.


      Q1. Encik Ahmad mengidap barah otak. Kos rawatan tersebut diselesaikan oleh _________.(siapa?)

      a)    Isterinya
      b)    Keluarga/Sanak saudaranya
      c)    Jirannya
      d)    Rakan baik yg pernah menghasut untuk tidak menyertai skim takaful
      e)    Baitulmal/Pejabat zakat
      f)    Medikal kadnya

      Q2. Jika hilang upaya/kematian berlaku, mampukah isteri dan anak2 Encik Ahmad meneruskan kehidupan utk 20 tahun yg mendatang?

      Q3. Bagaimana pula dengan segala bebanan hutang? Patutkah isteri dan anak2 Encik Ahmad mewarisi segala hutang piutang tersebut?



      Tujuan Dan Definisi

      Plan "Sayang Isteri" Takaful hayat
      Untuk protect income famili peserta jika berlaku hilang upaya/kematian.

      Plan Medikal kad
      Untuk protect income peserta jika menghidapi sakit kronik yang memerlukan rawatan berterusan di hospital.


      Berikut adalah beberapa contoh plan takaful yang sinonim di pasaran dan senario masalah yang boleh berlaku kepada Encik Ahmad.

      Senario  1

      Caruman Bulanan = RM170
      Had tahunan medikal kad = RM60,000
      Pampasan Kematian = RM25,000
      Nilai wang dalam akaun takaful selepas 10 tahun = Sedikit atau mungkin juga tiada. Biasanya selepas 7-8 tahun ejen akan call suruh topup.

      Situasi: (Mintak simpang), jika Encik Ahmad meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung. Belom pon sempat menikmati laba hasil dari medikal kad padahal sudah mencarum hampir 7 tahun. Warisnya akan terima pampasan RM25k. Berbekalkan jumlah sekecil itu apakah barangkali cukup utk isteri menyara anak2 yang masih kecil? Bagaimana pula dengan hutang PTPTN,rumah, dan kereta yang masih perlu dilangsai?


      Senario  2

      Caruman Bulanan = RM170
      Had tahunan medikal kad = RM60,000
      Pampasan Kematian = RM25,000
      Nilai wang dalam akaun takaful selepas 10 tahun = Sedikit atau mungkin juga tiada. Biasanya selepas 7-8 tahun ejen akan call suruh topup.

      Situasi: Jika Encik Ahmad disahkan mengidap kanser.  Manakala kos dialisis/kimo pula adalah RM10k sebulan. Cukup 6 bulan dah sampai had tahunan iaitu RM60k. Apakah sanggup Encik Ahmad bertahan menunggu sehingga tahun hadapan untuk mendapatkan rawatan semula?


      Senario  3

      Caruman Bulanan = RM170
      Had tahunan medikal kad = RM60,000
      Pampasan Kematian = RM25,000
      Nilai wang dalam akaun takaful selepas 10 tahun = Sedikit atau mungkin juga tiada. Biasanya selepas 7-8 tahun ejen akan call suruh topup.

      Situasi: Jika selepas 15 tahun Encik Ahmad sentiasa sehat.  Alhamdulillah. Agak-agak berapa RM yang masih tinggal dalam akaun takaful beliau walhal tak pernah sekalipon beliau admit di hospital? Berbaloikah?


      Senario  4 (Plan "Sayang Isteri" Takaful Hayat AIA Public Takaful)

      Caruman Bulanan = RM200
      Medikal kad = Personal tiada (hanya ada medikal kad provided by company)
      Pampasan hilang upaya/Kematian = RM300,000
      Nilai wang dalam akaun takaful selepas 15 tahun = 80%-100% jumlah caruman keseluruhan(ikut umur peserta sewaktu mula buka akaun).

      Situasi:  Jika selepas 15 tahun Encik Ahmad sentiasa sihat. Alhamdulillah. Dengan wang saving yang ada beliau boleh withdraw kesemuanya  dan menghantar anak-anaknya masuk ke universiti.

      Situasi:  Jika Encik Ahmad sakit,  beliau masih ada peluang backup "Plan B" iaitu untuk ke hospital kerajaan. Cuma beliau kena beratur la sat.

      Situasi:  (Mintak simpang). Jika beliau lumpuh/meninggal dunia, pampasan (RM300,000 + simpanan wang semasa) diberikan. Waris pula boleh guna wang pampasan itu untuk membayar segala hutang atau guna untuk memiliki aset seperti rumah.


      Kesimpulannya:
      • Senario 4 adalah yang paling menguntungkan. Jika ditimpa musibah, pampasan tinggi diberikan. Jika tiada apa2 berlaku, kita dapat semula wang yang kita carum di dalam akaun takaful.
      • Pampasan "sayang isteri" takaful hayat yang tinggi adalah keutamaan no 1. dan ia mestilah sekurang-kurangnya RM200,000.
      • Medikal kad pula keutamaan no 2.  Manakala had tahunan mestilah sekurang-kurangnya RM100,000 utk cover sakit-sakit kritikal. Untuk sakit2 biasa sememangnya tak perlu medikal kad kerana terdapat sesetengah company yang prihatin bagi medikal kad kepada pekerjanya.
      • Adalah teramat-amat rugi jika anda menyertai skim takaful dengan pampasan "sayang isteri" takaful hayat yang terlalu rendah.
      • Buka akaun saving "sayang isteri" takaful hayat anda  dan rancang masa depan famili sekarang kerana kita tidak boleh ramal apa yg bakal berlaku keesokan harinya.

      Contoh plan "Sayang Isteri" Takaful Hayat dari AIA Public Takaful
















      Kelebihan membuka plan "Sayang Isteri" Takaful Hayat di AIA Public Takaful.
      • Protection meningkat 1% percuma setiap tahun. Contoh: Pampasan takaful hayat permulaan anda adalah RM300,000. Pada tahun2 berikutnya pampasan akan automatik meningkat 1% menjadi RM303,000 dan seterusnya.......hinggalah tahun ke 20.
      • Prestasi dana AIA Public Takaful yg diberikan kepada ahli adalah sentiasa melebihi paras indek purata.
      • Prestasi dana adalah setanding dengan ASB. (tidak terjamin tapi above average)
      • Peserta ada 3 pilihan dana Islamik untuk dipilih.






          Jadi, plan "Sayang Isteri" Takaful Hayat dengan pampasan yang tinggi adalah:
          • Bukan untuk anda tetapi lebih tepat untuk famili anda.
          • Satu instrumen penting bagi membolehkan generasi anak2 memiliki aset seperti rumah dan sebagainya.
          • Satu kaedah untuk membayar hutang.
          • Satu bentuk plan simpanan pendidikan utk anak2 ke universiti.
          • Satu alternatif untuk plan simpanan persaraan (2nd EPF).
          • Boleh withdraw/keluar duit anytime bila perlu.
          • Berbeza dengan medikal kad yang sentiasa sedut duit saving anda jika tak claim.
          • Medikal kad adalah 2nd priority ( keutamaan no 2).
          • Pastikan coverage "sayang isteri" minima anda adalah sekurangnya2 RM200,000.


          Contoh plan medikal kad "Tak Berapa Nak Sayang " dari AIA Public Takaful






















          Contoh "cek claim from AIA" kebanyakan hanya berlaku kepada masyarakat Chinese yang memang dah ada awareness (kesedaran) tentang plan "sayang isteri". Bukan hanya satu, siap ada dua polisi serentak lagi.

          Encik A with RM 1.0 Juta Polisi "Sayang Isteri" Takaful Hayat AIA Public (cek AIA 1)





















          Encik A with RM 0.5 Juta Polisi "Sayang Isteri" Takaful Hayat AIA Public (cek AIA 2)




















          Saya sebenarnya cukup marah apabila berjumpa rakan-rakan yang dah ada polisi takaful tapi coverage "life" rendah gila, RM25,000 ja. Di mana silapnya? Adakah ejen itu kurang bertanggung jawab yang hanya pentingkan sale sahaja? Atau pon memang pelanggan itu memilih sendiri nilai "life" diri mereka?

          "Misi sayang kami adalah untuk memastikan generasi anak-anak muslim memiliki aset bernilai RM300,000"

          "Kita mungkin tidak memiliki aset RM jutaan ringgit untuk kita beri kepada anak-anak, tetapi melalui plan sayang ini, RM300,000 adalah milik mereka"

          "Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan cek RM300,000."


          "Kelebihan merancang plan yang betul mengelakkan masalah kewangan di kemudian hari "


          Kemudian, waktu google-google tu terjumpa la sebuah blog. Pemiliknya bernama Lya. Bagi suami-suami di luar sana, contohilah mereka. Sayangilah isteri anda bersungguh-sungguh. Pakat2lah kita doa agar beliau cepat2 sembuh dan tabah menghadapi dugaan yang dihadapinya. Ameen.

          http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.my



          Boleh whatsapp ejen penyayang anda untuk  pertanyaan/appointment di sekitar kawasan Kulim, Parit Buntar, Pulau Pinang dan saya akan bukakan akaun "Sayang Isteri" Takaful Hayat anda. Insya-Allah.

          From: AIA Public Takaful
          Perunding Takaful: Amirul Naim Ramli
          HP: 019-481 6424
          Emel: amirulnaim.ramli@aia-premier.com.my
          Blog: aia-premier.blogspot.my

          Langkah Pertama Ke Arah Miliki RM1 Juta!!!

          Sabtu lepas (25 Jun 2011), saya join talk Fahrin Ahmad vs. Irfan Khairi. Talk tentang kejayaan, kewangan dan motivasi. Masing-masing bercakap tentang kejayaan dari perspektif masing-masing. Salah satu survey menarik yang dibuat, IK minta semua peserta berdiri.

          Dia tanya, kalau hilang pekerjaan, siapa boleh survive cuma 1 bulan? Sila duduk. Kurang 3 bulan? Sila duduk. Kurang 6 bulan? Sila duduk. Nah… cuma tinggal tak lebih 20% peserta yang masih berdiri – mampu survive lebih 6 bulan kalau hilang pekerjaan! 80% yang duduk tu akan hilang segala-galanya kalau hilang perkerjaan atau hilang upaya untuk bekerja dalam masa 6 bulan! Mengerikan. Mereka akan ‘mati’ sebelum mati… Kereta mewah tu kena tarik. Rumah yang dibanggakan tu kena sita. Anak bini yang disayangi kena kejar along. Astro Beyond tu tak payah la cerita… (“,)

          Majoritinya tak ada simpanan yang cukup walaupun keretanya bergaya, handphone canggih, rumahnya besar, lengkap dengan perabot yang cantik dan TV LCD lagi. Tapi mereka tak ada simpanan at least 6 bulan pendapatan. Tahap kewangan mereka boleh dikategorikan “kewangan tak selamat”.

          Lebih Berdisiplin Bila Ada Matlamat

          Pada saya, kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya. Untuk capai sesuatu tahap kewangan, kita perlu jelas tahap mana yang kita nak capai. Sejak tahun 2005, saya tetapkan matlamat kewangan seperti berikut:

          Bebas dari segala hutang.

          • Simpanan 3 bulan pendapatan.
          • Simpanan 6 bulan pendapatan.
          • Simpanan 9 bulan pendapatan.
          • Simpanan 1 tahun pendapatan.
          • Cukupkan dana; pergi haji dan tambah pemilikan hartanah.
          • Simpanan RM1.2 juta. Financially free!


          Masa tetapkan matlamat tu, kami ada macam-macam hutang. Pendapatan pun masih di bawah paras kemiskinan. Income cuma RM1,750 jer masa tu, belum tolak EPF dan ansuran PTPTN. Isteri pula tak bekerja dan kami duduk di KL!

          Tapi sekarang, alhamdulillah, kami dah separuh perjalanan. Bebas dari segala ‘hutang’ dengan sedikit simpanan. Kad kredit tak ada. Kereta habis bayar. Hutang PTPTN habis bayar. Personal loan tak pernah buat. Perabot rumah dan barang elektrik, semuanya kami beli secara tunai. Kolum sebelah liabiliti akaun kami tak tahu apa yang nak ditulis. Semuanya duduk sebelah aset dan harta walaupun tak banyak. Kami benar-benar peace of mind… Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah…

          Kerana Ada Matlamat, Terpaksa Kekang Nafsu Berbelanja

          Bila ada matlamat kewangan, kita akan lebih berdisiplin untuk menyimpan. Nafsu berbelanja terpaksa dikekang. Bila nak tukar cassette player kereta kepada CD player, ish… simpanan aku belum cukup. Bila rasa nak tukar kereta baru, ish… kereta ni boleh pakai lagi. Bila nak buat kitchen cabinet, ish… tak apalah… lagi pun bukan lama nak duduk rumah ni. Bila teringin nak melancong jauh-jauh, ish… melancong dekat-dekat sudah lah… balik kampung tengok parents lagi bagus. Daripada beli itu, beli ini, lebih baik simpan duit cukupkan 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun, dan 1 juta dulu!

          Duit yang kita ada hari ini, bukan untuk bermewah-mewah. Tapi untuk hidup seadanya hari ni dan hari esok yang belum tentu hujan panasnya… Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya! (“,)

          Jom menyimpan!

          Copy n Paste from:
          Penulis Asal: Mohd Zulkifli
          Motivator Kewangan & Pelaburan Emas
          Web: http://www.mohdzulkifli.com

          1. p.s. Langkah pertama menyimpan RM1 juta ialah “Tetapkan Matlamat RM1 juta”! Azizi Ali ambil masa 13 tahun untuk mencapai nilai bersih RM1 juta. Dan 10 tahun kemudian untuk gandakannya kepada RM5 juta. Semuanya bermula dengan menetapkan matlamat!

          5 Pertimbangan Pilih Medical Card Terbaik

          Dua hari ni saya betul-betul teliti Pelan Medical Card untuk lengkapkan cover kami sekeluarga. Sebelum ni saya dah cover dengan Personal Accident (PA) dan Critical Illness. Kali ni saya lengkapkan dengan Medical Card. Dan yang terakhir saya akan lengkapkan dengan Life Cover (cover kematian apa juga punca). Medical Card saya ambil agak lewat sebab sebelum ni belum ada keperluan mendesak. Dulu company (majikan) cover. Sekarang ni, cover sendiri. Jadi keperluan untuk ada medical card tu lebih mendesak berbanding masa kerja swasta dulu.

          Takaful ni kalau nak ambil cover semua all-in, bagi saya kosnya sangat mahal. Mungkin betul apa yang disyorkan sesetengah ejen supaya allocate 10% daripada pendapatan untuk bayar takaful, tapi bagi saya 10% tu terlalu besar. Ia memang terbaik, dan pastinya juga terbaik untuk ejen sebab komisyen lebih besar. Saya cuba hadkan allocation saya 5% sahaja untuk bayar takaful, tapi dapat cover yang optimum mengikut keperluan sebenar kami.

          Kenalpasti Risiko Kita Sendiri

          Untuk pilih medical card ni, saya bukan ikut bulat-bulat apa yang ejen propose. Tapi saya pilih berdasarkan risiko sebenar kami sekeluarga. Ejen propose ikut ‘standard’ pelan syarikat, tapi kita kena match keperluan kita sendiri. Ejen nak close sales jer sebab itu pendapatan mereka. Samada pelan tu ‘fit’ dengan keperluan kita, itu bukan masalah ejen. Masalah ejen mana-mana bisnes sekalipun ialah dapat close sales atau tak. Itu jer.

          Jadi kita sendiri mesti bijak pilih produk. Bila ejen nak jumpa saya, saya cakap siap-siap, apa jenis cover yang saya nak, dan berapa jumlah setiap cover. Kalau ejen syorkan produk itu, produk ini yang tak kena dengan risiko saya, minta maaf, saya akan tolak ketepi. Kalau ejen syorkan SAVING, minta maaf, bagi saya satu kesilapan kalau saya simpan duit dalam takaful sebab saya akan rugi banyak untuk bayar “wakalah fee” berbanding nilai saving sebenar.
          Untuk pilih medical card, ini antara faktor yang saya consider:

          #1 – Harga Wad Sesuai Dengan Tempat

          Harga wad yang kita pilih, mesti ‘match’ dengan kadar harga wad hospital area kita tinggal. Kalau ambil harga wad murah, kita cuma boleh masuk hospital-hospital yang lebih murah dan kualiti perubatan juga lebih rendah. Saya perhati, kalau duduk di Lembah Klang ni, harga wad RM250 sehari tu kira ok.

          Kalau ambil harga wad cuma RM150, sedangkan harga wad sebenar RM250, maka kita kena bayar sendiri extra RM100 sehari. Kalau masuk wad 10 hari, maka kita kena keluarkan duit sendiri RM1,000!
          Kalau cek harga bilik wad hospital KPJ (rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia), RM250 tu boleh dapat bilik single yang biasa, bukan premium. Persoalannya, perlu ke ambil bilik single? Meh renungkan point saya seterusnya.

          #2 – Harga Wad Tahan Inflasi

          Bagi saya, ambil harga wad single SEKARANG ini bukan soal luxury, tapi kita nak medical card kita bertahan lama. Kalau sekarang ni RM250 tu boleh dapat wad bilik single, cuba bayangkan 10 tahun atau 20 tahun akan datang, agak-agak bilik wad macam mana yang kita boleh duduk dengan harga RM250?!
          Saya rasa kalau bernasib baik, 20 tahun akan datang harga tu cuma boleh duduk wad 4 katil jer. Silap-silap wad 4 katil pun masa tu harganya RM400 sehari. Kita kena top-up lagi RM150 sehari.

          Cuba bayangkan siapa ambil medical card yang harga wad cuma RM150. Saya rasa 10 tahun akan datang, kad tu tak cukup untuk cover harga wad hospital-hospital di Lembah Klang. Nanti rugi jer bayar takaful.

          #3 – Had Tahunan Yang Cukup

          Masa saya kerja dulu, executive biasa company cover RM75,000 untuk hospital. Mungkin bagi company, jumlah tu cukup untuk keperluan perubatan sekarang. Itu sekarang… Agak-agak kalau ambil cover RM100,000, cukup tak cover kos perubatan lagi 10 atau 20 tahun akan datang? Jadi jangan ambil cover yang terlalu murah. Mahal sikit tak apa, tapi ia bertahan lama. Mungkin kita rasa bayaran hari ni mahal, tapi nilai yang kita bayar tu kita akan rasa kecil 10 tahun akan datang.

          Untuk kami suami isteri, saya ambil cover tahunan sekitar RM165,000. Mudah-mudahan, 10 – 20 tahun akan datang kad ni masih relevan untuk cover at least sebahagian besar kos perubatan masa tu, insyaAllah.

          #4 – Had Seumur Hidup Yang Besar

          Had seumur hidup ni pun penting. Kalau ambil had tahunan RM100,000, tapi had seumur hidup cuma RM300,000, seolah-olah kad tu boleh pakai cuma 3 tahun kalau kita kena musibah. Dalam banyak-banyak takaful, yang paling menarik perhatian saya ialah Medical Card (stand-alone) AIA Takaful yang tiada had seumur hidup! Berbeza dengan medical card takaful lain yang boleh dikatakan semuanya ada had seumur hidup.

          Yang mana penting, had tahunan atau had seumur hidup? Bagi saya, pertama sekali ialah had tahunan. Dan yang keduanya had seumur hidup.

          Jangan keliru, ejen suka sangat sebut angka yang besar-besar. Contohnya medical card ni cover RM500,000. Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM60,000 jer, kalau kita jatuh sakit, bila habis had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM440,000! Dan saya pernah ada kenalan yang terpaksa diberhentikan rawatan di hospital swasta sebab had tahunan dah habis! Jadi kena faham perkara ni kalau ambil Medical Card.

          #5 – Harga Caruman Paling Sesuai

          Dan yang terakhir, barulah consider caruman. Kesilapan ramai orang ambil takaful ialah dia fikir berapa caruman yang dia mampu bayar. Samada polisi yang dia ambil tu cukup cover atau tak, dia tak pernah ambil tahu.Yang dia tahu, dia dah cover RM500,000! Apa yang ada dalam RM500,000? Cover kemalangan diri? Cover sakit kritikal? Cover masuk wad hospital? Ataupun cover kematian dan kecacatan kekal? Itu semua jenis cover berlainan, dan harganya juga berlainan.
          Jadi kalau sahabat ada polisi takaful, pergi buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover. Lepas tu nilai balik, kalau berlaku musibah, adakah polisi tu menyesaikan masalah sebenar atau pun tidak. Kalau tak selesai masalah sebenar, kira balik jenis cover apa yang anda perlu, dan berapa jumlah sebenar yang anda perlu. Lepas tu baru panggil ejen takaful untuk bagi quotion. Bukan sebaliknya.

          Wallahu a’lam.

          p.s. Saya bukan ejen takaful. Kalau sahabat pembaca nak lebih tahu tentang takaful, pergi cari ejen yang pakar lagi amanah. Saya cuma berkongsi sedikit pengalaman tentang takaful dan pernah berada dalam industri insuran dan takaful selama 10 tahun. Kalau sahabat pembaca adalah ejen takaful, saya alu-alukan komen yang membina bagi manfaat pembaca. Saya percaya, ejen berpengalaman lebih faham tentang takaful.

          Copy n Paste from:
          Penulis Asal: Mohd Zulkifli
          Motivator Kewangan & Pelaburan Emas
          Web: http://www.mohdzulkifli.com

          Pengenalan Tentang Plan Takaful/Insuran dan Apa Yang Kita Perlu Tahu

          Assalamualaikum wbt.

          Istilah "Takaful" dalam bahasa yang mudah adalah Jaminan Bertulis yang menanggung kerugian kewangan yang berlaku dalam kehidupan manusia sama ada sesebuah keluarga atau individu. Ada jaminan takaful itu bermakna ada pihak yang akan ganti semula kerugian tersebut.

          Berikut Adalah 6 Plan Asas dan tujuan/penerangan bagi setiap plan tersebut.

          Takaful Hayat
          Plan ini hanya cover pendapatan famili peserta yang bakal hilang sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.
          Kos untuk plan ini adalah paling murah tetapi masih ramai orang mengabaikannya atau tidak ambil kisah langsung. Maksudnya, coverage hayat di sini mestilah tinggi dan mestilah sekurang-kurangnya RM200 ribu. Perumpamaan plan ini adalah seperti nasi putih. Tak sedap, tetapi murah dan mengenyangkan. 

          Medical Card
          Plan ini cover peserta daripada membayar bil-bil hospital. Ada 2 perkara yang paling penting yang kita mesti tahu tentang bil hospital.

          1)Bil apabila kita diwadkan di hospital. Selalunya situasi ini berlaku apabila peserta itu dibedah atau di rawat di ICU dan sebagainya
          2) Rawatan dialisis/kimo untuk pesakit buah pinggang/kanser (tak perlu admit di hospital).

          Plan ini adalah plan yang paling popular di kalangan masyarakat. Umpama "sotong dan udang", sedap dan paling mahal. Jika bajet kita adalah Rm150 dan hari-hari kita makan sotong dan udang, agak-agak berapa yang kita boleh bertahan? Untuk makluman semua kos untuk medikal kad akan meningkat mengikut umur. Jika anda bayar premium RM150 sebulan, tiba-tiba ejen call suruh topup. Maknanya kos medikal kad anda pada waktu itu sudah melebihi RM150. So jika ini berlaku, sudah tiba masanya anda cari quotation baru dan bandingkan harga dan coverage dengan syarikat lain.

          PA @  Kemalangan
          Plan ini adalah plan tambahan. Contoh coverage untuk plan ini adalah RM100 ribu. Jika sekiranya peserta meninggal dunia akibat kemalangan, jumlah pampasan yang dibayar adalah pampasan hayat + pampasan kemalangan RM100 ribu.


          36 Sakit Kritikal
          Sekiranya peserta mengalami salah satu daripada 36 penyakit kritikal, peserta akan dibayar pampasan sekaligus mengikut jumlah coverage yang diambil. Nampak simple, tapi ada satu tricky part kat sini yang ramai ejen tak bagitau. Untuk makluman semua, pampasan hanya dibayar  apabila kes benar2 kritikal. Contoh kes kanser. Pihak takaful hanya bayar pampasan apabila kanser itu berada pada tahap 3 dan ke atas. Kanser tahap 1 dan 2 biasanya belum boleh claim lagi.


          Waiver/ Waive of Premium
          Kelebihan plan ini adalah peserta dikecualikan daripada membayar premium takaful bulanan.
          Tak perlu bayar satu sen pon dalam masa yang sama masih lagi menikmati faedah medikal kad dan sebagainya. Nampak menarik bukan ?tapi plan ini juga ada udang di sebalik batu. Apa maksudnya? Contohnya begini, jika premium bulanan anda adalah RM150. Berdasarkan projection, plan ini hanya mampu bertahan selama 10 tahun. Dan selepas 10 tahun peserta takaful perlu topup untuk maintain coverage yang sama. Jadi, jika peserta mengalami 1 daripada 36 sakit kritikal, peserta tak perlu bayar premium selama 10 tahun. Selepas itu peserta still kena topup. Ramai ejen di luar sana tak explain benda ni kat customer.


          Hospital Income
          Plan ini adalah elaun hospital. Jika elaun hospital RM200 sehari, maka jika peserta diwadkan di hospital selama seminggu jumlah pampasan adalah RM1400.


          Kesimpulan

          1)Bagi sesebuah famili, breadwinner kena ambil life tinggi, iaitu sekurang-kurangnya RM200 ribu. 2)Medikal kad pula adalah keutamaan no 2 dan had tahunan mestilah sekurang-kurangnya RM100 ribu.