Assalamualaikum wbt
TPD (Total and Permanent Disability) adalah bermaksud Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh.
Bagi plan Takaful Hayat semua syarikat insuran dan takaful di Malaysia cover dalam bentuk "All Occupation TPD" manakala AIA Public Takaful cover dalam bentuk "Suited Occupation TPD".
Syarat-syarat untuk klaim "All Occupation TPD" di bawah plan Takaful Hayat
- Mestilah hilang sekurang-kurangnya 2 daripada keempat-empat kaki atau tangan.
- Mestilah menjadi Zombi, iaitu jika mengalami lumpuh dan mestilah keadaan lumpuh itu menyebabkan beliau tidak boleh membuat apa-apa kerja. Dan dalam bahasa mudah perlu menjadi "mayat hidup" terbaring di atas katil tidak mampu bergerak.
" Suited Occupation TPD"
Contoh mudah adalah seorang pelukis yang hanya mampu melukis menggunakan tangan kanan. Jika sesuatu berlaku kepada tangan kanan beliau seperti lumpuh hanya bahagian tangan kanan, AIA Public Takaful satu-satunya syarikat Takaful di Malaysia yang bayar penuh dibawah Plan Takaful Hayat. Jika perlindungan hayat beliau RM100,000 maka AIA Public Takaful akan bayar penuh RM100,000 tidak seperti syarikat lain yang hanya bayar mengikut jadual berkala. Ada yang 30% maksimum, ada pula 50% maksimum dan ada pula yang tak boleh klaim langsung.
1 comments:
tq tuan mohon copy
Post a Comment