Pages

Bagaimana Mendapat Takaful Percuma?

Assalamualaikum wbt

Pastinya ramai yang bersetuju bahawa perlindungan takaful ni sangat penting. Kos rawatan sakit kritikal di hospital sekarang pula adalah sangat tidak munasabah akibat terlalu mahal. Itu belum lagi termasuk inflasi yg menyebabkan peningkatan kos saban tahun. Hospital kerajaan pon sekarang dah tak 100% free. Kos perkhidmatan profesional doktor, fasiliti dan peralatan mesin mungkin masih lagi  murah tetapi kos "spare part" adalah tanggungan pesakit.

Kos "spare part" tu apa?


Contoh mudah rawatan sakit jantung. Kos untuk setiap tiup/belon yg dimasukkan perlu ditanggung oleh pesakit. Manakala harganya pula bukannya murah, malah boleh mencecah puluhan ribu RM.
Contoh kedua adalah penyakit katarak mata. Kos untuk setiap  lensa/kanta sendiri kena bayar.

Telah menjadi lumrah, ramai di antara kita terpaksa mencari-cari dan merancang untuk menambah pendapatan tetapi dalam masa yang sama kita terlupa perkara yang paling asas dan paling utama iaitu membuat rancangan bagi mengelak pendapatan yang sedia ada dari tiba-tiba hilang terus.

Elleh...Ejen AIA Takaful macam Encik Amirul Naim ni hanya mahukan duit komisyen ja..

Yes. Saya setuju. 100%!!!.Tidak ada argumen di situ. Tanpa komisyen mana boleh survive di bidang sale ni. Harus diingat, pihak hospital juga mahu wang anda malah skalanya berkali-kali ganda lebih besar. Bersediakah kita? Boleh pilih sendiri untuk melarikan diri dari ejen Takaful macam saya atau lari dari berhutang bil hospital. Dalam tempoh setahun kebarangkalian untuk kita demam sahaja at least sekali. Masuk hospital 2-3 hari bil dah cecah RM2-3 ribu.  Ini baru demam-demam biasa bukannya sakit yang kena operate.

Bagaimana boleh mendapat perlindungan takaful/medikal kad percuma selama 20 tahun?

Ramai yang tak tahu sebenarnya kita boleh mendapat perlindungan takaful secara percuma. Plan percuma yang dimaksudkan mestilah kena gaya dan syarat-syarat berikut:
  1. Pelan takaful/medical kad tu mestilah investment link plan (berasaskan pelaburan)
  2. Pelan takaful/medikal kad tu mestilah untuk peserta yang umur permulaan dibawah 40 tahun max.
  3. Pelan takaful/medikal kad tu mestilah bukan pelan komprehensif (bukan plan mcm-macam ada tapi coverage ciput-ciput). Di sini Plan PA (kemalangan) dan Plan Sakit Kritikal adalah kurang perlu dan menjadi kurang utama disebabkan medikal kad dah cover. Inilah sebab utama kenapa simpanan kita di akaun takaful berkurangan. Akibat terlalu banyak coverage didalam satu plan maka baki untuk saving pon berkuranganlah.
  4. Pelan takaful/medikal kad tu mestilah mempunyai pecahan elemen saving yang tinggi..
  5. Ejen Takaful anda tak ambil " Squeeze full premium komisyen". Kebanyakan ejen ambil komisyen penuh tanpa mengambil kira apa yang berlaku kepada wang caruman takaful anda, tanpa membuat pecahan langsung untuk pelaburan dalam plan anda. (Saya cuma akan tunjuk dan bagi penerangan kepada individu-individu yang berjumpa dengan saya sahaja)

Contoh analisis kewangan - Famili Fizo Amir

Encik Fizo Amir, umur 33, seorang engineer berpendapatan RM4000 sebulan.
Puan Janna Nik, isteri Encik Fizo berumur 27 tahun, tidak berkerja.
Puteri Neelofa, anak sulong berumur 3 tahun
Ahmad Fahrin, anak bongsu berumur 1 tahun.
Dalam tempoh 20 tahun, keluarga ini hanya bergantung kepada gaji Encik Fizo Amir sebanyak RM960,000 (RM4000x12bulan x20tahun).


Apa kemungkinan-kemungkinan masalah yang boleh berlaku kepada mereka iaitu keluarga Encik Fizo Amir?
  1. Keluarga ini akan mengalami masalah kewangan yang sangat serius jika sesuatu tidak baik berlaku kepada encik Fizo Amir dimana gaji 20 tahun RM960,000 sepatutnya dapat tiba2 terhenti.
  2. Masalah kewangan juga boleh berlaku jika salah satu daripada ahli keluarga diserang oleh mana-mana penyakit kronik.

Kenapa pengiraan saya 20 tahun? Bukannya 5 tahun atau 30 tahun?

Sebabnya mudah. 20 tahun itu adalah tempoh untuk membesarkan anak2 sehingga mereka mampu berdikari dan menjadi orang yang berguna.Tempoh ini adalah tempoh paling kritikal yang mana sesebuah keluarga paling memerlukan insurance/takaful.

Di bawah adalah penyelesaian takaful bagi masalah keluarga Encik Fizo Amir

Encik Fizo Amir
Plan 1 (Takaful Hayat)
Premium Bayaran Bulanan: RM200
Coverage Hayat: RM300,000
Simpanan dalam akaun Takaful Selepas 15 tahun: Approx+/-*RM35,000
Simpanan dalam akaun Takaful Selepas 20 tahun: Approx+/-* RM52,600

Plan 2 (Medical Kad)
Premium Bayaran Bulanan: RM200
Coverage Hayat: RM50,000
Had Bil Hospital Tahunan: RM100,000
Dialisis Buah pinggang/kanser: RM250,000
Simpanan dalam akaun Takaful Selepas 15 tahun: Approx+/-* RM31,200
Simpanan dalam akaun Takaful Selepas 20 tahun: Approx+/-* RM47,400

Puan Janna Nik
Plan 1 (Medical Kad)
Premium Bayaran Bulanan: RM180
Coverage Hayat: RM50,000
Had Bil Hospital Tahunan: RM100,000
Dialisis Buah pinggang/kanser: RM250,000
Simpanan dalam akaun Takaful Selepas 15 tahun: Approx+/-* RM27,200
Simpanan dalam akaun Takaful Selepas 20 tahun: Approx+/-* RM42,200

Puteri Neelofa
Plan 1 (Medical Kad)
Premium Bayaran Bulanan: RM150
Coverage Hayat: RM50,000
Had Bil Hospital Tahunan: RM100,000
Dialisis Buah pinggang/kanser: RM250,000
Simpanan dalam akaun Takaful Selepas 15 tahun: Approx+/-* RM21,300
Simpanan dalam akaun Takaful Selepas 20 tahun: Approx+/-* RM35,400

Ahmad Fahrin
Plan 1 (Medical Kad)
Premium Bayaran Bulanan: RM150
Coverage Hayat: RM30,000
Had Bil Hospital Tahunan: RM100,000
Dialisis Buah pinggang/kanser: RM250,000
Simpanan dalam akaun Takaful Selepas 15 tahun: Approx+/-* RM19,700
Simpanan dalam akaun Takaful Selepas 20 tahun: Approx+/-* RM33,600


Perlindungan takaful ini akan menjadi percuma bilamana nilai duit tunai, RM terkumpul selepas 20 tahun dalam akaun takaful adalah sama jumlah dengan apa yg mereka bayar bulan-bulan. Yg menariknya, wang terkumpul ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa ketika diperlukan.

Kesimpulannya, dengan menyertai Takaful AIA ini:
  1. Encik Fizo Amir telah mendapat medikal kad percuma selama 20 tahun beserta wang untuk persaraan beliau sebanyak approx*RM52,600 + RM47,400 = RM100,00.
  2. Anak-anak beliau juga masing-masing telah ada approx*RM35,400 dan RM33,600 sebagai wang persediaan untuk ke universiti.
Nota *: Jumlah adalah berdasarkan projection dan akan berubah mengikut prestasi sebenar dana yang dipilih. 


Kenapa mesti Aia public takaful? Apa yang AIA offer extra yang company  lain tak mampu beri semua?

  1. Medikal kad- tiada had seumur hidup/tiada ko-takaful. (Tiada had seumur hidup tu sangat penting)
  2. Medikal kad- peningkatan had perlindungan tahunan dan harga bilik sebanyak 5% setiap 2 tahun sekiranya jumlah klaim kurang RM5000 dalam tempoh 2 tahun tersebut.
  3. Sakit kritikal - Mana ada plan sakit kritikal kat Malaysia yang boleh bagi peluang untuk claim sampai 3 event (3 kali)?
  4. "Suited occupation" TPD pon boleh klaim. (Yang ni memang sangat menarik). Boleh rujuk pautan dibawah untuk penerangan lanjut antara "Suited Occupation" TPD vs "All Occupation" TPD.
  5. Dialisis buah pinggang/kanser (RM500,000 max) tambahan diberikan jika ambil plan medikal kad. Lagi menarik jumlah ini jika klaim tidak akan mengurangkan had bil hospital tahunan.
Nota: TPD (Total Permanent Disability) bermaksud Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Jika ada syarikat lain kat Malaysia yg mampu bagi lebih baik dari kesemua di atas, tolonglah PM. Saya perlu ready dan mesti mewakili syarikat tersebut.

Amirul Naim Bin Ramli
HP: 019-481 6434
Emel: amirulnaim.ramli@aia-premier.com.my

"Suited Occupation" TPD vs "All Occupation" TPD


Assalamualaikum wbt

" All Occupation TPD Vs Suited Occupation TPD "

TPD (Total and Permanent Disability) adalah bermaksud Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh.

Bagi plan Takaful Hayat semua syarikat insuran dan takaful di Malaysia cover dalam bentuk "All Occupation TPD" manakala AIA Public Takaful  cover dalam bentuk "Suited Occupation TPD".

Syarat-syarat untuk klaim "All Occupation TPD" di bawah plan Takaful Hayat
  1. Mestilah hilang  sekurang-kurangnya 2 daripada keempat-empat kaki atau tangan.
  2. Mestilah menjadi Zombi, iaitu jika mengalami lumpuh dan mestilah keadaan lumpuh itu menyebabkan beliau tidak boleh membuat apa-apa kerja. Dan dalam bahasa mudah perlu menjadi "mayat hidup" terbaring di atas katil tidak mampu bergerak.

" Suited Occupation TPD"

Contoh mudah adalah seorang pelukis yang hanya mampu melukis menggunakan tangan kanan. Jika sesuatu berlaku kepada tangan kanan beliau seperti lumpuh hanya bahagian tangan kanan, AIA Public Takaful satu-satunya syarikat Takaful di Malaysia yang bayar penuh dibawah Plan Takaful Hayat. Jika perlindungan hayat beliau RM100,000 maka AIA Public Takaful akan bayar penuh RM100,000 tidak seperti syarikat lain yang hanya bayar mengikut jadual berkala. Ada yang 30% maksimum, ada pula 50% maksimum dan ada pula yang tak boleh klaim langsung.