Dalam dunia kewangan peribadi, kita sering kali ditawarkan untuk menyertai pelan takaful atau insurans. Mungkin kita rasa bahawa takaful dan insurans adalah sama. Persoalannya mengapakah sebahagian menyebut takaful dan sebahagian menyebut insurans? Mengapa insurans dan takaful tidak dinamakan atas satu nama sahaja?
Kalau dilihat objektif kedua-dua pelan ini adalah sama tetapi beberapa perbezaan sudah dijelaskan oleh ulama Islam. Perbezaan utama antara kedua-dua pelan ini adalah AKAD atau dalam bahasa sekarang dipanggil KONTRAK. Sebelum wujudnya takaful di pasaran Malaysia ulama Islam cuba untuk meneliti pelan insurans sama ada mengikut muamalah Islam atau tidak. Setelah diteliti akad / kontrak insurans adalah kontrak JUAL BELI. Jual beli memang diharuskan oleh Islam tetapi mesti memenuhi rukun jual beli mengikut Muamalah Islam. Dalam jual beli mesti ada PENJUAL, PEMBELI, AKAD (PERSETUJUAN JUAL BELI TERSEBUT) dan BARANG YANG DIBELI. Maka menjadi tanda tanya kepada kita apakah barang yang dibeli dalam pelan insurans. Adakah barang tersebut polisi yang bernilai jutaan ringgit? atau kematian? atau nasihat? Maka di situ lahirlah beberapa perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam.
1. Riba – dalam insurans riba akan berlaku apabila pertukaran wang berlaku di antara wang caruman peserta yang sedikit diganti dengan wang manfaat yang dibayar oleh syarikat dengan nilai lebih tinggi. Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan pelaburan insurans biasanya tidak dipantau oleh Jawatankuasa Syariah
2. Maisir (Judi) – dalam kontrak insurans wujud bilamana:
a)Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
|
Jadual berikut adalah beberapa perbezaan antara insurans dan takaful |

Dengan penggunaan derma ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur riba’ gharar dan maisir
Sebuah artikel yang ditulis oleh Mohamad Faizul Bin Ibrahim
http://www.ideafaizul.com/
0 comments:
Post a Comment