Pages

Apa itu Insuran/Takaful? Bagaimana Mereka Menipu Anda

Assalamualaikum wbt

Di dalam dunia ini ada 3 jenis makhluk yang tidak boleh dipercayai. Kita perlu berhati-hati dan sentiasa berfikiran 100% waras ketika berhadapan dengan mereka.

1. Ejen Insuran.
2. Ejen "Gores dan Menang".
3. Salesman kereta.

Adakah anda pernah didekati oleh gadis comey atau jejaka kacak ketika sedang menikmati juadah atau mengeluarkan wang di ATM machine?. Dengan senyuman yang manis mereka bertanya pada anda.

"Abang, sudahkah abang memiliki Polisi Insuran/Takaful?"

Adakah pernah terfikir di minda kita kenapa majoriti masyarakat Cina sanggup berbelanja hingga ada sesetengahnya RM600 sebulan semata-mata untuk membayar premium insuran mereka. Sekalipon penjaja-penjaja gerai di tepi-tepi jalan Padang Kota, Pulau Pinang. Mereka pasti sudah memiliki polisi insuran untuk diri mereka atau pon untuk setiap ahli keluarga mereka.

Mai mana pulak Insuran? Mai mana pulak Takaful ni?

Sekali imbas insuran dan takaful ni adalah sama. Yang membuatkan ianya berbeza adalah bagaimana wang itu dilaburkan. Dalam bahasa yang mudah wang dalam skim takaful dilaburkan di dalam dana-dana yang mematuhi undang-undang shariah sedangkan insuran tidak.

Ehh!! Pelaburan pulak dah. Habis beratus bulan-bulan ada laa. Mana untung melaburnya adik manis oi???

Ejen-ejen memberi nama jolokan manja"Skim Perlindungan". Yang mana akan melindungi pendapatan keluarga sesiapa sahaja daripada masalah akibat dari kemalangan atau musibah kesihatan. Duit yang dibayar ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Satu bahagian untuk kos insuran/takaful manakala satu lagi bahagian untuk simpanan jangka panjang. Duit inilah yang digunakan untuk melabur. Biasanya nilai duit pelaburan ini tidak banyak untuk tempoh tahun pertama hingga tahun ke-enam. Tetapi untuk jangka masa yang panjang boleh mencecah sekitar RM30,000 hingga RM50,000. Duit pula boleh dikeluarkan bila-bila masa. Tetapi tidaklah sepantas kad jolok ATM. Tempoh biasa adalah sekitar 5 hari waktu bekerja.

Inilah sebabnya masyarakat Cina suka memiliki insurans. Sekiranya mereka sakit mereka ada medikal kad untuk tidur nyenyak di hospital swasta. Sekiranya mereka tak sakit mereka boleh mendapat balik sebahagian duit yang mereka laburkan. Pendek kata dengan membayar RM200 bulan-bulan mereka boleh mendapat perlindungan kad perubatan sehinggakan ada yang memcecah RM1 juta tanpa had seumur hidup dan dalam pada masa yang sama mereka mendapat pulangan hasil  pelaburan jangka panjang. Bayangkanlah RM1 Juta tu! Itu belum termasuk faedah kematian ahli yang nilainya beratus-ratus ribu ringgit.

Nilai tunai pelaburan pula adalah bergantung juga kepada plan faedah-faedah lain yang diambil. Ianya macam jongkang jongket. Setiap faedah yang ditambah akan merendahkan nilai tunai akaun pelaburan peserta. Standard minima untuk plan yang berkualiti pula adalah RM200 dan ke atas. Untuk famili ia lebih tinggi. Mana mungkin bayar caruman bulanan RM100 tetapi expect perlindungan berjuta-juta untuk setiap ahli keluarga. Umpama ingin membeli kereta Ferrari dengan bajet installment RM500 bulan-bulan. Agak-agakla.

Bagaimana kita ditipu?
1. Katakan ejen itu memberi tahu jumlah pelaburan selepas 10 tahun adalah tepat sekian-sekian. Ternyata dia seorang penipu kerana setiap pelaburan ada pasang surutnya. Mana mungkin dia tu Nujum Pak Belalang.
2. Katakan ejen itu meminta % sebahagian daripada wang anda. Dia juga penipu besar. Wang anda adalah 100% hak mutlak anda.
3. Sekiranya seseorang tak dikenali menelefon anda, merakam perbualan anda, menawar pakej insuran dan dalam pada masa yang sama memberi seribu alasan apabila anda mengajaknya untuk berjumpa atau keluar dating contohnya pada hari Ahad hujung minggu. Makhluk ini juga dikategorikan penipu.

Harga Insurans yang perlu dibayar adalah bergantung kepada:
Umur. - Semakin muda usia, semakin rendah bayarannya. Sebab itulah muda waktu yang sesuai lebih-lebih lagi seorang gadis sunti. Jangan tunggu lewat sehingga bersuami dan minta suami belikan. Kasihanilah suami anda. Lainla suami tu ejen insuran.
Perokok - Merokok ataupun tidak risikonya berbeza. Perokok lebih mahal
Pekerjaan. - Polis,bomba dan tentera kosnya lebih mahal dari mereka yang bekerja sebagai kerani pejabat pos di Batu Maung.


Di bawah adalah contoh satu plan Takaful untuk seorang jejaka berumur 33 tahun.

Biodata: Jejaka A
Pekerjaan: Seorang konsultan dan terer main dam aji.
Status: Single/available.
Perwatakan: Tidak kacak dan sedikit gatal.
Caruman Bulanan: RM300










 Dengan Plan komprehensif ini, Jejaka A tak perlu pening kepala jika...

Kos perubatan hospital. - Semuanya di tanggung dengan dana RM1.0 juta setiap tahun sepanjang hayat pulak tu. Faedah penuh di sini.
Dia sakit dan tak boleh kerja. - Contohnya eksiden moto patah tangan. Untuk setiap minggu dia  (MC), dia akan dibayar RM600 seminggu. Walaupon patah tangan still p keja, Dia di bayar RM200 seminggu sehingga pulih sepenuhnya.
Dia terkena penyakit yang perlukan rawatan berterusan. Contohnya penyakit buah pinggang dan perlu menjalani dialisis setiap minggu. - Dia ada dana RM500,000 untuk bantu dia
Dia mengalami penyakit kritikal seperti Sakit Jantung, Stroke, Kanser, dia akan dibayar secara pukal. Dalam kes ni, dia akan dapat RM100,000 untuk kegunaan beliau.
Dia mengalami hilang upaya kekal, dia akan dibayar RM100,000 sebagai pampasan bagi beliau meneruskan kehidupan.
Kematian (apa-apa sebab) - Sekiranya dia meninggal dunia, dia mewarisi bakal isterinya, Puan Risteena RM100,000. Kematian (kemalangan) - Sekiranya sebab kematian adalah kemalangan, waris dia, Puan Risteena dibayar lagi tambahan sebanyak RM100,000.

Dengan premium bulanan RM300, saya boleh katakan Jejaka A dilindungi sepenuhnya secara komprehensif.


Di bawah adalah contoh satu plan Takaful untuk seorang gadis berumur 25 tahun.

Biodata: Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas
Pekerjaan: Pelakon drama sambilan
Status: Single dan sangat tertarik dengan Jejaka A
Perwatakan: Banyak bercakap dan banyak berangan .
Caruman Bulanan: RM200






Dengan Plan ini, Cik Risteena akan mendapat faedah

Kematian (apa-apa sebab) - Sekiranya cik Risteena meninggal dunia, bakal suami akan mendapat pampasan RM350, 000
Kematian (kemalangan) - Sekiranya sebab kematian adalah kemalangan, waris dia, yang juga bakal suami dibayar lagi tambahan sebanyak RM100,000.
Cik Risteena sakit dan tak boleh kerja. - Contohnya eksiden moto patah tangan. Untuk setiap minggu dia  (MC), dia akan dibayar RM600 seminggu. Walaupon patah tangan still p keja, Dia di bayar RM200 seminggu sehingga pulih sepenuhnya.
Cik Risteena mengalami penyakit kritikal seperti Sakit Jantung, Stroke, Kanser, dia akan dibayar secara pukal. Dalam kes ni, dia akan dibayar mengikut tahap keseriusan penyakit beliau. Jumlah minimum yang bakal diterima adalah RM60,000
Cik Risteena mengalami hilang upaya kekal, dia akan dibayar RM350,000 sebagai pampasan bagi beliau meneruskan kehidupan.



Soalan-soalan lazim berkenaan Takaful dan Insurans.

Adakah Takaful Hukum-nya haram di dalam Islam?
Ya, ianya Haram. Haram sekiranya wang diperolehi hasil mendapat tempat pertama dalam pertandingan 4D Magnum digunakan untuk membayar caruman takaful.

Kenapa banyak kes penipuan dalam Insuran/Takaful?
Penipuan tiada kaitan dengan syarikat. Setiap polisi adalah kontrak hitam putih. Setiap syarikat insurans di Malaysia di pantau oleh Bank Negara Malaysia dan lain-lain badan pertubuhan. Penipuan yang berlaku adalah dari agen Insurans yang menipu itu sendiri. Sebenarnya, adalah satu kesalahan dari segi undang-undang Malaysia jika Agen Insurans anda tidak menerangkan perkara-perkara penting sebelum anda sign borang beli. Dan, ianya juga satu kewajipan untuk agen Insurans menjawab setiap soalan anda dengan jujur. Sebagai pengguna bijak anda haruslah mencatat apa-apa jumlah yang mereka berikan. Repot polis jika perlu.

Company Insurans yang mana boleh provide insurans (Takaful) terbaik dan komprehensif?
Tak ada (especially plan RM100 ke bawah). Bagi plan RM200 ke atas anda mungkin akan menemui jawapannya. Untuk mendapat maklumat yang lebih tepat boleh bertanya di kaunter-kaunter hospital swasta berdekatan dengan anda. Anda pasti mendapat jawapannya. Sebagai pengguna bijak kita hendaklah rajin bertanya.

Mana lebih bagus, simpanan ASB, beli kereta atau ambil Takaful?
Semuanya bagus. Dividen tahunan ASB lebih tinggi dari simpan di bank. Kereta pula boleh digunakan untuk membawa anda ke hospital.  Cuma, kalau anda accident atau terkena penyakit kronik, Kereta atau pon ASB tak akan dapat membantu anda bayar RM50,000 untuk satu pembedahan. Kos pembedahan pula meningkat dengan ketara antara 15-20% setiap tahun.


Ada kemungkinan tak insurans tak bleh claim?

Kesalahan Jenayah
Frust akibat putus cinta En. Amir memandu ketika mabuk atau high akibat menelan pil kuda-Yang ni tak cover. Tapi jika dia mati ketika accident tu, ada kemungkinan dia  akan dapat pampasan. Perlu diingatkan Himpunan Bersih 2.0 dan bunuh diri juga termasuk dalam kategori jenayah di Malaysia.

Polisi Tidak Dibayar
Andai kata En. Amir gagal membayar premium (RM) bulanannya, serta merta dia tidak dilindungi untuk bulan itu.

Tadak Kaitan
Antara bayaran yang tak dilindungi adalah claim yang tadak kena mengena. Contohnya, En. Amir terlibat dengan kemalangan. Kemudian dia nak claim ubat sakit gigi atau demam. Yang ni pon tak boleh claim. Untuk pengetahuan, sekiranya En. Amir ingin membuat pembedahan menukar jantina atau pembedahan kosmetik, dia juga tak boleh claim.

Tak Inform Syarikat Insurans.
Misalnya sebelum ni En Amir kerja sebagai Guru Tadika. Kemudian En Amir berjaya temuduga sebagai Pilot Helikopter tanpa bagi tahu pihak Insurans. Kemudian, helikopter yang En Amir pandu itu terhempas di Semenyih dan En Amir cedera teruk, dia tidak akan mendapat pampasan. Kalau meninggal, En Amir juga tidak mendapat pampasan. Yang dapat hanyalah isteri atau warisnya. Itu pon dapat pampasan kematian je. Pampasan kemalangan takkan dapat.

Ujikaji Kesihatan Diri.

"Seumur hidup kita dengan bayaran bulanan RM300 sebulan, adakah kita mampu memiliki sebuah kereta Ferrari? Tetapi jika diberi pilihan sesuatu yang sama nilai dengannya, contohnya Medikal Kad dari AIA Public Takaful, adakah kita akan rugi untuk tidak memilikinya?"

Apa Tugas Ejen.

1. Membantu anda memiliki "Ferrari type" Medikal Kad dari AIA Public Takaful.
2. Bercerita kepada pelanggan tentang segala maklumat-maklumat yang pelanggan tidak boleh claim.
3. Bercerita kepada pelanggan tentang kematian, kemalangan, kecacatan, dan penyakit-penyakit kronik. Seorang ejen yang berpengalaman, ceritanya akan lebih ngeri dan menakutkan.

Produk AATB Diiktiraf Paling Cemerlang







Takaful versus Insuran

Dalam dunia kewangan peribadi, kita sering kali ditawarkan untuk menyertai pelan takaful  atau insurans. Mungkin kita rasa bahawa takaful  dan insurans adalah sama. Persoalannya mengapakah sebahagian menyebut takaful dan sebahagian menyebut insurans?  Mengapa insurans dan takaful tidak dinamakan atas satu nama sahaja?

Kalau dilihat objektif kedua-dua pelan ini adalah sama tetapi beberapa perbezaan sudah dijelaskan oleh ulama Islam. Perbezaan utama antara kedua-dua pelan ini adalah AKAD atau dalam bahasa sekarang dipanggil KONTRAK. Sebelum wujudnya takaful di pasaran Malaysia ulama Islam cuba untuk meneliti pelan insurans sama ada mengikut muamalah Islam atau tidak. Setelah diteliti akad / kontrak insurans adalah kontrak JUAL BELI. Jual beli memang diharuskan oleh Islam tetapi mesti memenuhi rukun jual beli mengikut Muamalah Islam. Dalam jual beli mesti ada PENJUAL, PEMBELI, AKAD (PERSETUJUAN JUAL BELI TERSEBUT) dan BARANG YANG DIBELI. Maka menjadi tanda tanya kepada kita apakah barang yang dibeli dalam pelan insurans. Adakah barang tersebut polisi yang bernilai jutaan ringgit? atau kematian? atau nasihat? Maka di situ lahirlah beberapa perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam.

1. Riba – dalam insurans riba akan berlaku apabila pertukaran wang berlaku di antara wang caruman peserta yang sedikit diganti dengan wang manfaat yang dibayar oleh syarikat dengan nilai lebih tinggi. Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan pelaburan insurans biasanya tidak dipantau oleh Jawatankuasa Syariah

2. Maisir (Judi) – dalam kontrak insurans wujud bilamana:

a)Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar
 jumlahnya.
b)Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak 
berlaku.
c)Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang
diterima.

3. Gharar (tak pasti) -Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak
berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.

Pada 15 Jun 1972 , Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya 
telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat 
insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang 
tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi 
unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

PENYELESAIAN

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional.
Akad / Kontrak DERMA  (Tabarru’) menjadi teras utama yang membina paksi Takaful.
Dalam konteks Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah
hadir dengan niat yang ikhlas ketika menderma bagi membantu sesama para peserta yang
lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta
tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan.

Jadual berikut adalah beberapa perbezaan antara insurans dan takaful


Dengan penggunaan derma ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur riba’ gharar dan maisir

Sebuah artikel yang ditulis oleh Mohamad Faizul Bin Ibrahim
http://www.ideafaizul.com/

Faedah Penuh Medikal Kad